Anugerah Pengakap Raja

Anugerah Pengakap Raja
Anugerah Pengakap Raja atau lebih dikenali juga sebagai King Scout merupakan Anugerah tertinggi bagi Pengakap Muda dan Pengakap Remaja di Malaysia. Sijil Pengakap Raja ditandatangani oleh DYMM Yang Di-Pertuan Agong Malaysia serta semua sultan di Malaysia.

Anugerah Pengakap Raja ini sama taraf dengan Eagle Scout di Amerika Syarikat, Queen Scout di Australia, New Zealand & England, President Scout di Singapura dan Tiger Scout di Korea.

Demi melayakkan diri menerima Anugerah Pengakap Raja ini, seseorang Pengakap mesti mendapatkan lencana-lencana tertentu dan melalui proses-proses tertentu yang akan diterangkan di laman web ini.


Lencana Pengakap Raja